Mar 30, 2012

As Sovereign As We Are (~)


credit : Syukri

135 lelaki dan perempuan. Apabila Syukri Shukor sudah dilanda tsunami kebosanan, maka Sovereign Giant pun datang melanda dalam media Photoshop. MRSM Kuantan? Takkan aq nak cakap yang terbaik sebab aq cuma pernah duduk di MRSM situ saja. Lain la bagi siapa yang pindah waktu Tingkatan 4. Apa ni? Badan dah panas, malam ni kena selesaikan jugak hal tu, in sha Allah.

Mar 27, 2012

Manusia Itu Penyakit (?)




*sorry for the long post. Mintak maap kat sekalian makhluk bernama MANUSIA. Melawak cuma....

Mar 22, 2012

Senyuman Kecil Itu (~)

"Satu senyuman kecil dari jauh dah cukup."


Iyalah, satu senyuman itu ada petanda. Ketenangan dari TUHAN itu datang dalam pelbagai cara. Kalau siang tadi, mungkin ramai jadi tenang lepas dapat slip di tangan. Macam belajar ABC dulu cuma belajar huruf A je. Dah semedang dari atas sampai bawah A memanjang, senyum pun sampai ke dahi.

Aq? Biasa-biasa aja. Mula-mula, adalah buat-buat sibuk mencari "Death List" aq. Dan akhirnya, itulah. Yang buatkan aq sedar, SPM cuma admission ticket nak teruskan pembelajaran. Macam korang pergi karnival. Ala, karnival kecik-kecik tepi jalan tu. Yang tauke dia selalu orang Cina, pastu sekali pandang macam cuak je nak naik dia punya ferris wheel.

Tapi last-last, masuk jugak.

Dan seingat aq, admission tiket dia berguna untuk masuk dalam je, bukan guna nak pergi main sangat pun. Macam tu jugak lah agaknya SPM ni, ye?

Satu senyuman. Orang lain pandang, mungkin muka moody la kot. Tapi kalau sedar, muka dia nampak tenang. Sampai TUHAN mampu kurniakan ketenangan melalui senyuman tu lah. Padahal tak kisah pun dari mana datangnya.

Tengok katak melompat dalam longkang pun tenang apa!


*ni namanya katak kacukan pontianak!*


Tenang? Dari segi lain, mungkin tambah tak senang hati ni memikirkan.....

Mar 18, 2012

"Hujan Itu Berasid" Kata Mereka (~)

13 Mac 2012. Pukul 5.00 petang. Waktu di mana ramai insan menjangkakan keadaan cuaca yang sepadan dengan gambar matahari tersenyum. Tapi yang hadir cuma awan komulonimbus di langit, menanggung jutaan molekul H2O di dalam genggaman, sedia untuk dihamburkan ke Bumi.

Bumi. Tanah yang gersang di satu bahagian dan menjadi tempat bertebaran makhluk bernama homo sapeins ini. Namun, cuaca petang itu membuatkan ramai manusia terbantut pelaksanaannya kerana beberapa titisan air yang turun dari langit. Kata mereka, hujan di bandar bahaya.

Berasid.

Beracun.




Maka, ramailah yang mengelak dari terkena beberapa titisan hujan tersebut. Walaupun di antara ramai-ramai manusia tersebut, masih tercelah manusia yang menerima titisan bahaya hujan itu sebagai rahmat. Masih ada yang menadah tangan mengangkat syukur kerana dikurniakan setitis air untuk membasahkan tekak-tekak kotor mereka.

Tatkala ramai berlari ke arah teduhan, masih ada yang berlari ke hujan meraikan rahmat TUHAN. Mungkin masyarakat memandang ising, gila pada mereka. Perasaan mereka? Masih gembira tak terkata sambil menadah tangan mengumpul air hujan untuk diminum. Dan mungkin di antara aliran air hujan di muka menyembunyikan jernihnya air mata gembira.

Di satu kawasan pulak, satu manusia tersepit di antara dua perasaan. Berlari atau meraikan? Walaupun dalam konsep sebenar, dia sebenarnya sedang memusingkan gear utama menggunakan kaki lalu tenaga itu disalurkan ke gear kedua seterusnya ke roda belakang dengan mekanisma rantai. Dalam bahasa mudahnya, dia sedang mengayuh basikal. Mengayuh dengan laju. Atau perlahan? Hati berkecamuk dalam menentukan keputusan sebegini mudah.




Lalu dia memejamkan mata sebentar. Sebentar cuma. Lantas membuka semula dan mula mengayuh dengan perlahan. Ya, perlahan.

Kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang bermandi hujan setelah 10 tahun tidak berbuat sebegitu. Sesekali dia berhenti untuk melihat benda lain yang bergerak. Sebab sudah terlalu lama dia menganggap bahawa dia sahaja yang bergerak. Terlalu lama dia menganggap bahawa dia lah manusia terpenting dalam hidup ini. Lantas dia terus mengayuh, kembali ke rumah. Mungkin sebab bajunya sudah lencun dibasahi hujan asid.


* Jangan syok sendiri sangat. Demam sudah....~

Mar 16, 2012

SPM (?)


photo 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/




Menunggu masa dengan membazir masa?

Ish3, tak patut la kau ni (aq la tu). Baik kau pergi beli tiket 20 Mac 2012 sekarang sebelum kau buat perangai hitch-hiking kau tu lagi pergi Kuantan. CEPAT!!

Mar 13, 2012

Batman Rogol Pelajar (?!)



Desas-desus semakin berleluasa di kalangan penduduk setempat di Melaka bahawa suatu lembaga berkuasa ghaib sedang menyasari wanita di bandar ini.Ia menyusuli satu kejadian yang dikatakan melihatkan satu lembaga hitam berpakaian ala Batman menceroboh masuk ke dalam asrama pelajar perempuan dan merogol seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, lapor akhbar The Sunday Star, semalam.Mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur itu dirogol pada malam Rabu lalu ketika bersendirian dalam biliknya.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Gan Tian Loo, menganggap dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa lembaga tersebut berkuasa ghaib sebagai karut.
Sebaliknya beliau menggesa agar diadakan satu siasatan rapi terhadap jenayah itu.
‘Bagaimana Batman atau hantu boleh masuk dalam asrama pelajar perempuan dan merogol? Ini perbuatan seorang manusia yang memakai pakaian superhero khayalan itu untuk mengelak daripada dikesan,’ katanya.
Datuk Gan berkata satu usaha memburu penjenayah itu harus diadakan bagi menangkap pelakunya kerana dia mungkin mencari mangsa seterusnya di kalangan pelajar lain.
Dalam laporan polis yang dibuatnya Khamis lalu, mangsa berkenaan berkata beliau sedang melungsuri Internet sekitar 8.15 malam di bilik asramanya apabila satu lembaga misteri yang memakai pakaian Batman tiba-tiba muncul di sebelahnya.
Menurut pelajar itu, belum sempat beliau meneriak, lembaga tersebut mengikat mulutnya dengan sapu tangan hingga beliau tidak sedarkan diri.
Beberapa jam kemudian, mangsa sedar dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel di atas lantai, selain berasa pedih di bahagian alat kelaminnya.
Satu pemeriksaan perubatan pada hari berikutnya mendedahkan bahawa beliau telah dirogol.
sumber: KLToday

*apa nak jadi dengan superhero sekarang ni?

Gambar Paling Mahal (Tipu Punya) (~)

Rhein II


Apa yang korang dapat tengok kat gambar atas ni? Nampak macam biasa je kan? Sebab aq mula-mula pun nampak macam gambar biasa je. Tapi gambar ni diambil oleh Andreas Gursky, seorang artis German yang terkenal masa tahun 1999. Dan gambar ni dianggarkan berharga $2.5M atau $3.5M. Malangnya, ia cuma berharga $ 4,388,500. Hampir $ 4.4 juta je.

Tak mahal mana pun, bagi yang ada $4 juta dalam dompet dia la. Bagi aq, ianya agak tak munasabah. Gambar langit dengan rumput, ada sungai tengah-tengah. Pastu ada rumput lagi, jalan pastu rumput balik. Apa yang spesial-nya?

Mungkin bagi budak yang ambik course seni dengan engineering akan tahu yang gambar seluas tu, bila diambil dengan kamera akan ada satu fenomena yang teramat ganjil berlaku. Ianya dinamakan perspektif dua titik.

+ Hahaha!! Ganjil bin pelik bin ajaib sangat la!

Err....okay. Tapi gambar ni berharga sangat mahal sebab kalau korang tengok garisan  pemisah sungai, rumput dengan langit dia tu, sebenarnya lurus je. Macam lukisan. Aq pun tak faham macam mana dia boleh ambik gambar macam tu. Tapi gambar dia ok je kot, walaupun ada orang lagi suka versi ni:

.
.
.
.
.
.
.
.



*sekarang dah naik jadi $4.4M

Mar 9, 2012

Andai Mahu Mencari...(~)




Untuk Adam.. andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya, sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunuduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami...

Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam...

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma...fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima....Kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah...fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


*******************

*Terbaca, ada betul?*

KONY 2012 Sahaja (?)

"Right now, we have more people on Facebook than the world 200 years ago."

I don't need to fight,
To prove I'm right,
I don't need to be forgiven....

Tengok? Lirik lagu CSI : NY yang aq tengah layan sekarang ni. Crime and investigation, my choice right now. Dan sekarang aq tengok ramai share video pasal KONY 2012.

Siapa Kony?
Joseph Kony, seorang ketua tentera ala militan dekat Uganda, menculik kanak-kanak dekat sana. Yang lelaki dipaksa jadi askar suruhan sehingga diarah untuk membunuh mak bapak diorang sendiri. Yang perempuan? Hamba seks. As simple as that. Fikir cuma 200, 300 kanak-kanak sahaja yang terlibat? Fikir balik......30,000.

Masalahnya, Kony menggunakan alasan 'keamanan' dan akhirnya melaksanakan keganasan kembali. Berpuluh tahun dia bebas bergerak di Uganda dan kini ada manusia yang mula meletakkan usaha secara global untuk menarik perhatian dunia dalam menghentikan Kony.

Need further information? Have a look at this video. And I got the direct download link for the video at the end of this post.





Persoalannya sekarang ni, bukan Kony seorang saja yang merbahaya di dunia ini. Bukan kanak-kanak di Uganda sahaja yang menjadi mangsa keganasan di dunia ini. Ada teringat dekat berpuluh ribu insan tak bersalah yang tersepit antara perang-perang masa kini?

Kalau kita boleh buat usaha macam ni untuk jenayah yang hampir 99% manusia di Bumi tak sedar, apa kita tak boleh buat perkara yang sama dengan jenayah yang dah bertahun-tahun ada dekat depan mata kita?



"It isn't a war against Kony, but it's a war against Kony represents."

Dan mungkin penerangan tentang apa yang ramai orang cakap pasal berita palsu yang KONY 202 ni satu agenda untuk keuntungan satu pihak sahaja. Bila Invisible Children berjaya membuat perubahan bukan setakat buat video. They went, they saw, and they took ACTION. Kita, bila lagi?

Kalau di Uganda, Syria, atau Ghaza tu jauh sangat dari kita sebab kita tak ada bajet tiket kapal terbang, kita still boleh tolong yang dekat-dekat ni. Tak susah pun, cuma nak ke taknak je.


*Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Apa kata kita pakai spek, nampakkan dua-dua sekali?


download video : here

Mar 7, 2012

Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki (~)



SHAH ALAM – Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.
Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.
Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.
“Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini,” katanya.
Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.
“Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi,” katanya.
Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.
Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.
-SINAR HARIAN-

Mar 6, 2012

Kilométrique 6982 l'entrée : Satu Catatan (Part 3)

Bab 3 : Berhujan Batu Kembali



*kunci 'keramat' dengan penyu ni, dah jauh dia pergi....*

2 Mac 2012 - Alhamdulillah, jejak jugak kaki aku ni ke tanah Malaysia. Lepas menahan beku, berdebu panas, akhirnya berhujan batu jugak. Balik ke rumah? Rasanya macam balik dari kampung aje. Lain kali? In Sha Allah.....dapat rezeki dapat pergi dengan abang aku pulak...hehehe.

Sekarang ni, rutin harian aku dah jadi macam biasa. Dan kena sambung ambik lesen pulak. Yang lain dah boleh rempit bonceng-tunggang-pandu sana sini, aku lesen motor pun tak pass lagi....haila. Nampaknya Mac 2012 akan jadi bulan sibuk. Dan sesiapa yang termasuk dalam senarai '10 To Kill' aku tu, sila menghadap di hadapan aku pada 22 Mac nanti di MRSM Kuantan. Harap maklum.


*one picture for today...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Kilométrique 6982 l'entrée : Satu Catatan (Part 2)

Bab 2 : Tanah Yang Dimuliakan


*siapa pandai terjemah, silakan.*

You know what? Keliling Masjidil Haram memang tengah berdebu sekarang. Tapak pembinaan mungkin dah ambil kawasan sebanyak 70 perauts daripada keseluruhan kawasan sekeliling masjid. Kalau nak dipandang ke langit, yang aku nampak cuma langit biru, jam menara besar yang baru bina tu, debu dan berpuluh kren-kren pembinaan. Tapi semua tu masih tak menghalang ribuan umat Islam dari seluruh dunia untuk datang, berkumpul ke salah satu tempat yang disunatkan ke atas kita untuk berziarah.

Pagi tadi baru habis berziarah ke kawasan sekitar Makkah. Kawasan yang paling sibuk? Tentunya Jabal Rahmah, kawasan yang diperkatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah bertahun-tahun terpisah di Bumi. Nah, apabila dipertemukan oleh Allah akan Adam dengan Hawa, lantas hawa pun menanggalkan segala apa yang melekat di tubuhnya dan mengucapkan kata rindunya pada Nabi Adam! Tiba-tiba, Malaikat Jibril turun lalu memerintahkan Hawa untuk menutup auratnya semula. Dari kisah ini dan dikatakan oleh para ulama', jika Malaikat Jibril tidak menegur Hawa pada waktu itu......memang malu pada wanita itu tidak ada!

Aku dengar saja mutawwif itu bercerita. Sampai di Jabal Rahmah, yang aku dengar adalah bunyi 'REMMPPP!!!' dari ATV yang boleh disewa di situ. Patut berhat-hati dengan orang yang menawarkan khidmat MENUNGGANG UNTA dekat situ. Dikatanya "Sepuluh riyal, sepuluh riyal", "Gambar?". Heh, nanti diambilnya gambar kita berkali-kali, terus diminta SERATUS RIYAL. Apekah?! Jadi, kalau bertemu masalah sebegini, ajak saja mutawwif ataupun staf syarikat ziarah anda untuk dibawa berbincang.


Masjidil Haram. Masjid yang tidak pernah sunyi, masjid yang di mana tidak disunatkan untuk solat Tahiyyatul Masjid sebaliknya digalakkan untuk melakukan tawaf sunat. Masjid yang dibolehkan solat pada bila-bila masa (sebab ada waktu-waktu yang dilarang untuk kita solat). Alhamdulillah, di masjid ini juga aku berjaya menghabiskan bacaan al-Qur'an dan bermula semula. Dan nampaknya, tafsiran masih tak habis baca lagi....isk isk isk! Susah jugak nak cari tafsiran bahasa Indo atau Melayu. Yang aku nampak cuma Turki, India, Pakistan, Malayalam (?). Sorry der, Arab pun aku tak pass lagi.



*Yang tengah solat tu, Shebyl. Bawah tu, anak laki dengan perempuan dia.*


Lepas Maghrib, aku saja duduk bertenggek kat tingkat 1 Masjidil Haram tu. Tengok Ka'abah saja pun dapat 20 rahmat apa.....


"Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada orang yang berhaji ke rumah Allah yang suci: 60 rahmat untuk yang berthawaf, 40 untuk yang sembahyang, dan 20 rahmat untuk yang menyaksikannya" 
 (hadits hasan riwayat Baihaqi). 


Jadi, tengah-tengah berdiri tu, tiba-tiba ada Pak Arab sebelah kiri aku hulurkan kacang anak dia. "Hmm?" Kira dia bagi isyarat suruh ambil kacang tu la. Aku pun ambil 2, 3 biji. Dah tu, dia hulur pulak kat tiga orang Turki sebelah kanan aku tu. Diorang pun ambik la, apa lagi.

Tengah syok-syok makan kacang, dia tanya aku, "What's your name?" Aku pun jawablah. Dia tanya lagi, "Malaysia? Indonesia?" Aku jawab, "Malaysia". Dia bagitahu lagi, "I'm Shebyl, from Egypt, Mesr. Umra?". "Yes" Aku jawab la. Lepas tu dia tanya, "?هل يأتون الى هنا للعمل (Hal ya'tuuna ila huna lil amal?)". Aku dengar first time, memang tak faham. "I'm sorry?" cuba bertanya sekali lagi. Terus dia cakap, "Do you come here for work?". "Owh....no, no. Just umra. So you come here often?" Aku pulak bertanya. "Not that much from time to time, you know. But, Alhamdulillah...". Uhmmm....aku mengangguk saja. Terus dia angkat anak perempuan dia duduk dalam saf.

Dan dalam hati aku berkata, nasib baik dia tak cakap "Oooo, Malaysia BAGUS!!". Sebab itu la yang akan terpacul dari mulut Pak Arab sekalian bila tanya kita dari mana. Dan malam tu di hotel, aku menyaksikan Liverpool mengalahkan Cardiff City dengan penalti 3-2.

*Betul kata Arif Yaakob, perempuan-perempuan Arab ni memang comel dipandang. Terasa nak buat bini aja. Tapi pesan mutawwif, BAHAYA......

Mar 4, 2012

Kilométrique 6982 l'entrée : Satu Catatan (Part 1)

Bab 1 : Bandar Yang Disinari Cahaya



"Beku pulak pagi ni!" Pakai sweater dah, sejuk sampai tulang fibia aku dah ni! Tapi nasib baik la teringat nak pakai sweater tu, kalau tidak, memang menggeletar badan aku sampai habis Subuh karang. Dah la duduk depan-depan Al-Baqee Gate No. 41 ni, angin menderu masuk macam musin tengkujuh kat Malaysia je. Tapi yang pelik bin tak berapa ajaibnya, boleh orang-orang Tanah Hijazzi ni tahan pakai jubah semedang je? Aku yang dah pakai sweater pun kira macam masuk peti ais ni!

"Assalamualaikum"

Aik, manusia mana bagi salam ni? Takpe, takpe. Kita jawab dulu. "Waalaikumussalam". Toleh sikit ke kiri, leher pun terpatah lebih. Owh, abang pekerja Masjid Nabawi tadi la. Aku pun senyum la, macam tak biasa pulak kalau jumpa orang lain.

"Malaysia?" Sudah....dia tanya negara....
"Yes, I'm Malaysian" jawab pun macam biasa la.
"Do you go here for umraa?" Dia tanya lagi.
"Yes" Sepatah je jawab. Nak jawab lebih, tapi takut makan tenaga sebab sejuk nanti!
"Do you work or still study?"
"Still study"
"Which grade?"
"Err...I'm sorry?" Iyala, sejak bila KPM guna grading system ni.
"Which class, I mean. Which class are you? University?"
"Owh....no, no, no. I just finished high school" Hentam sajalah!
"Owh...."
"So, you work here eyh?" aku pulak ambik turn soal jawab dia.
"Yes, yes."
"So, you live here? Where do you come from?" Tanya lagi sikit....
"Yes, I live here. But I'm from Pakistan."
"Uhmmm...." Aku angguk je tanda faham.

"Allahu Akbar Allahu Akbar!" Suara muadzin tiba-tiba bergema satu Masjid Nabawi, mungkin satu bandar agaknya. Tanda Waktu Subuh dah masuk pukul 5:25 pagi.

Aku duduk diam depan pintu. Tak bergerak sebab ramai sangat manusia. Sampai kalau aku angkat punggung 10 saat je, confirm tempat aku kena kebas. Dah tu, mana nak duduk?! Subhanallah, ramai sangat manusia waktu Subuh ni!


*Tiba-tiba teringat satu kata-kata, "Yahudi hanya akan takut kepada Islam kalau jemaah Subuhnya menyamai ramainya jemaah Jumaatnya" Aku? Subuh surau pun culas....harap berubah la lepas ni...

Mar 2, 2012

Big Cat Week-Nat Geo Wild (~)

Dah Berhujan Batu (~)


Pengembara jalanan masih mencari kudrat. Biar dah berhujan batu di sini, bersimbah panas ataupun sejuk sampai ke tulang masih terasa.

 - Kilométrique 6982 l'entrée : Satu Catatan (PROLOG) -