Jan 30, 2012

6 Golongan Yang Bahaya Dijadikan Isteri (?)


Tadi masa dekat pejabat, aku jumpa dengan Ustaz Manap. Ustaz Manap ni guru Quran, selain dari jadi guru Quran, dia gak femes sebab dia boleh dikatakan terror menjadi agent pencari jodoh dekat area Teluk Intan. Aku tanya Ustaz Manap,

"Ustaz, saya nak kawin la. Tapi takde jodoh lagi, boleh tolong carikan jodoh untuk saya tak???"

"Issshhh... muka hemsem, badan solid, takkan susah cari jodoh kot?" balas Ustaz Manap.

Hensem??? Badan solid??? BENAR USTAZ!!!!! BENAR TU!!! Wakakakakakakakkaa!!! Kalau dah nama pun Ustaz, mana nak menipu betul tak? Jadi jelaslah dekat sini bahawa saya Mohamad Aizwan Ali aka Botaq seorang yang kacak dan berbadan tough.... Owhhh yeaaaaahhh!!!!

"Wan, kalau nak cari isteri, jangan cari 6 calon isteri yang ada ciri-ciri macam ni."

"Apa dia tu Ustaz?"

1. Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh kesah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, tak cukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun ciri isteri ni  tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2. Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 18 tahun tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayah depa.Issssshhh!!! Bahaya ni... Benda yang 18 tahun cerita negatif si suami, dia ingat tapi pasal 18 tahun punya budi yang disemai oleh si suami langsung dia tak kenang.

3. Al-Hunaana
Golongan isteri ni suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja terhegeh-hegeh dan tak cekap buat kerja, let's say, tukar lampin anak la, mula lah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain. Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap nak mamposssss...... Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya........ Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin... Haaaaaa!!!?????

4. Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 3 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak balun raya tempat sama. Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikutkan la kata si isteri. Ni boleh dipanggil ugut ye tuan tuan dan puan puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami. Ye laaaa dah 4 tahun berturut2 tak balik raya.

5. Al-Hulaaqa
Isteri yang sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan tanggung jawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji. Bila pulang dari kerja, bantainya tidorrrr sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, depa cakap macam ni, "Awak ingat saya ni hamba awak???" ... Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh plak buat tanpa sikit bangkang pun. 

6. As-Salaaqah
Isteri yang tak pandai cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaaa... Ini idak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah certain people je tahu.. Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat!!! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana gampang sekalipun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia. Satu lagi contoh As Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam lepak tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja), serta tidak menutup aurat. 


~ok, admit it that I copypasted~

UAI Atau AJL26 : Pilihan Anda (~)


*ok, mengaku cilok dari OhBulan!*



Okay, okay. Sekarang jam komputer a.k.a awek aq ni dah tunjuk jam 0020. AJL yang ramai-ramai (agaknyalah) yang tengah dok sibuk kata Hafiz menang, apasal Beribu Sesalan tak menang, pun dah lama habis. Keputusan? Toksah banyak cakap, ni dia :

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara
Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir
Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

Padahal aq tengok benda alah AJL26 ni pun bila mula lagu Awan Nano tu je kot. Sebab sebelum aq layan dengan tak sepenuh hatinya AJL26 tu, aq layan dengan girang gemirangnya (ada ke?) benda ni dulu!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/








Aq takat tengok online saja, mana sempat nak pergi sana. Dah lepas Zohor baru habis membuta belajar motor dalam kelas. Alhamdulillah, dapat jugak tau boleh tengok dan dengar FREE. Kalau nak banding AJL26 tu, memang aq xpergi la. Bukan sebab apa, cuma duit dalam poket MAHUPUN dompet sudah habis dikebas oleh 7-11 tiap-tiap malam dan tidak memampukan aq untuk pergi di Stadium Bukit Jalil mahupun lihat secara ONLINE.




Pengisian malam ni pun memang menarik. Daripada dengar sorang-sorang guna earphone, terus kakak menarik earphone ke tepi dan buka loudspeaker sekuat ngauman enjin motor! Dan ni nak kongsi sikit pasal pengisian malam ni. Tapi bukan aq la yang menaipnya sendiri, tapi hasil EHSAN Arif Yaakob (arigatou!).

***********

Intipati pertama kuliyah UAI malam ni:


Memahami "Iyyaka Na'budu Wa Iyya Ka Nasta'in" dalam Surah al-Fatihah. Yakni hanya kepada Allah manusia meminta pertolongan, namun tidak salah minta tlg dengan manusia. Tapi kena ingat, Allah yang Maha Menolong. Cthnya kalau sakit kita jumpa doktor, tapi yang menyembuhkan adalah Allah.


Intipati kedua kuliyyah UAI mlm ni:

Kita kena 'belah dada' kita sendiri cuci dosa-dosa kita sendiri. Kita bukan Rasulullah SAW yang malaikat datang belah dada Baginda cucikan hati. Cuci dengan apa dosa-dosa kita? Cuci dengan taubat.


Intipati ketiga kuliyyah UAI malam ni:

7 lapis langit Allah sangat luas. Tapi pintu keampunan Allah lagi luas. Sebut nama Allah mohon keampunan dari Allah tiap masa tidak kira di mana sahaja dan bagaimana keadaan pun. (Rujuk: Surah ali Imran: 191)

UAI:"Kita semua jahat dengan Allah. Sebab itu kita dtg dgr (ceramah) malam ni." 



Intipati keempat kuliyyah UAI malam ni:

Elakkan riak. Biar orang tak tahu amalan baik apa kita buat. Jangan buat banyak amalan baik, tapi menunjuk-nunjuk. Jika riak dan menunjuk-nunjuk atau nak berbangga dan minta dipuji, maka jadilah amalan itu seperti debu berterbangan. ( rujuk Surah al-Furqan:23 )



Dan soal jawab seperti biasa....agak panjang la...


Soal jwb UAI malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):BF: U malam2 pakai baju apa?GF: I malam2 baju kelawar.BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?- Tak wajib buat pembedahan semula- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?Ada tiga pendapat:- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.- diterima, sebab kita dah sembahyang.Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."

UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.


************

Dan nak tau macam mana gamaknya suasana kat Masjid Negeri Shah Alam sedemikian?

Lihat saja di  ----> sini <------


Dan sedikit ulasan kata dari Kisah Cinta Nasi Lemak :


"Aku tanya kawan-kawan aku yang dok kat Shah Alam melalui sms tentang ceramah Azhar Idrus tadi. Kata kawan aku yang hadir ke ceramah tu, masjid Shah Alam dipenuhi dengan ramai jemaah. Sampai orang duduk luar masjid la untuk dengar ceramah Azhar Idrus tu. Kerata-kereta para jemaah ada yang sampai di parking kat bahu-bahu jalan. Jemaah yang hadir pula bukat takat orang tua je, yang bujang pun ada juga regardless lelaki or perempuan. Pergggghhh!!! Siapa sangka kan??? Ingatkan ramai orang yang akan pergi ke AJL, tapi rupa-rupanya penduduk-penduduk di Selangor ni lebih sukakan ceramah daripada entertainment. Alhamdulillah."




*komen*


Jan 28, 2012

Midnite Crapping (~)

Maybe what I really need is just a story to tell.

Or just maybe some crap to create.


Malam ni sangat-sangatlah slow. Muka dah makin berminyak. Old Town White Coffee dalam tin dah lama habis diminum, dan mungkin jugak dah habis dikeluarkan tadi.

Err....ok.

Don't have the mood really. Maybe I'll just take a nap before wake up again. In Sha Allah. Just longing to hear Leaves From The Vein and Tsungi Horn. Slow and sad.

Read My Mind, Please (~)


*YEAY!*

Jan 26, 2012

Teru Teru Bozu Yang Heartless (~)



Bila aku jadi sebiji Teru Teru Bozu, aq akan jadi yang sebiji yang tiada hati (heartless kata orang Jawa) dan sangat memuramkan. Memang sesuai dengan tugas dalam cerita Zaman Edo dekat negara Jepun yang gantung bendaalah ni untuk minta hujan pada hari esok (jangan percaya ni!).

Kenapa muka ni? KENAPA? Silalah tanya seorang makhluk yang mengenakan ini kepada muka aq. Agaknya memang aq selalu muram (atau memuramkan orang ye?)

Yang pasti, memang susah nak puashatikan semua orang. Sebab selalunya akan buat kita lebih sakit. Pilih, orang lain sakit dan kita selesa ATAU orang lain selesa dan kita sakit? Ternyata selalu kita suka dan cuba untuk pilih yang kedua. Selalu.

Tapi selalu pulak kita merasa sakit DAN orang lain tersebut merasa sakit. Kenapa agaknya? Penyebabnya mungkin sebab dua-dua merasa untuk melakukan hal yang KEDUA tapi tak merelakan salah satu buat hal yang PERTAMA. Jadilah kedua-duanya derita.

Jangan lupa pula yang tak selalunya hal PERTAMA dan KEDUA tu terjadi sepenuhnya dalam hidup kita. Boleh jadi orang lain suka dan kita pun suka ATAU orang lain sakit dan kita sakit.

Itu namanya EMPATI.

Dan selalunya aq merasakan EMPATI ini (harapnyalah!) tapi sering pula aq akan buat hal yang tak sepatutnya pada orang yang aq sayang (sayang ada banyak jenis!).

Contoh, aq sedih kenapa tengok anak saudara aq menangis tapi aq terus aja sakat dia. Apa ke tidaknya tu?

Kesimpulannya, memang susah nak puashatikan semua orang. Gembirakan ALLAH? Senang ya amat! Walaupun memang ada banyak halangan, tapi halangan tu la yang buatkan kita gembira....

.::Tak susah nak susah, dan tak senang nak senang::.


p.s : ada salah tolong tegur ^___^

Madah Elektrolit (~)



     Bagaimana mungkin sistem boilogikal aq sudah kembali pulih?


     Sedangkan mungkin sambungan-sambungan di neuron sudah bercelaru, mungkin lebih teruk dari keadaan otak seorang autistik, savant atau mungkin seorang synaesthete. Bila panas, terasa sejuk. Bila sejuk bahang pulak badannya. Mungkin corpus callosum ku sudah semakin degil nak menerima arahan dari keadaan sekeliling. Kadangkala hemisfera kiri yang mendominasi.


     Tapi, sering hemisfera kanan yang menjadi rajanya.


    Nah, sering juga otot deltoid berasa sengal, sehingga kesengalannya berjangkit ke filamen-filamen di bahagian bisep ini. Memang tidak macho dan kacak sungguh untuk otot-oto sebegini berasa sakit. Sehinggakan untuk mengangkat satu bebanan pun sudah terasa malas, kerana hendak menanggung sakitnya.......


     Hei, ini bukan satu madah merajuk mahupun untuk mengeuh. Ini cuma satu karangan untuk mengisi keinginan menulis dalam bahasa seorang doktor tak bertauliah yang mendapat degree dari rancangan "Human Body:Pushing The Limit"





Jan 23, 2012

Kamal Ashnawi Terkaya Di Dunia, Miliki RM20 TRILION (?)



KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

SUMBER: UTUSAN

Jan 20, 2012

3 Peringkat Berfikir (~)


Dua merpati bertenggek, berkukur di tepi tingkap.
Selesa mungkin dengan keadaannya.

Aku selalu menginginkan seperti burung, bebas.
Terbang ke sana, berumah di sini.

Tapi, aku sedar.

Burung itu hanya makhluk lain ciptaan TUHAN.
Dan TUHAN telah menciptakan aku
sebagai sebaik-baik kejadian.

***************

Dan itu dia, satu lagi karya aq yang mungkin lebig sedikit berguna dari tisu tandas. Ya, tisu tandas.



*ini adalah TISU TANDAS bagi korang yang tak kenal beliau*



Aq selalu beragak-agak.....


(PERHATIAN : BERAGAK-AGAK ADALAH BAHAYA!)


Aq selalu beragak-agak tentang ke mana hilangnya semangat menaip aq yang dulu. Semangat yang mula nak meluntur macam baju sukan budak asrama yang macam lagi teruk dari belacan kena peram sebulan kena Klorox 3 botol. Sebab dah lama aq tak menulis benda yang berkisar dengan peristiwa sekeliling.

"Der, kan ada 3 tahap pemikiran."

"Iyeke?"

"Iya la, first but not the last, orang bijak bercakap tentang idea. Kedua, orang biasa-biasa (macam aq dan kau mungkin), bercakap tentang peristiwa sekeliling. And last but not least, orang yang kurang bijak a.k.a BODOH yang bercakap tentang diri sendiri. Ada faham sekarang kau tu tang mana?"

"Sure?" *tiru kata-kata motivasi dari Utara*

"Very-very sure, bro. Tapi kau kurangkan tahap sure tu rendah sikit. Maklum saja otak aq tak digunakan secara sepenuhnya lagi. Banyak makan chikedis memang gini la."

"...." *buat muka*

Okay, aq agak faham aq sekarang ni di tahap mana. Masih di tahap biasa-biasa saja. Mungkin.


**************


Tubuhku tak diperbuat dari logam,
Aku manusia.

Punyai perasaan. punyai perasaan!

Aku bukan android.

AKU BUKAN ANDROID!


*************

Jan 18, 2012

Relationship Status - Full Trailer

Dah pernah tengok sini?

Ni full trailer dia. Dengar dah keluar di panggung TGV yang terpilih. Entah~


Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi (~)


Entri kali ini lebih berilmiah sedikit kerana saya akan berkongsi cerita tentang peribahasa. Peribahasa yang mebuatkan anda tertanya betulkah peribahasa ini. Pernahkan anda terdengar akan peribahasa ini, "Harapkan pagar, pagar makan padi" dan juga "Bagai melepaskan batuk ditangga"? Mari sama-sama kita mengambil tahu serba sedikit tentang kedua-dua peribahasa ini.


Harapkan pagar, pagar makan padi


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa menggunakan pagar didalam peribahasa ini sedangkan mana ada pagar makan padi. Kalau fikir secara logik akal sekalipun memang tidak akan ada pagar yang memakan padi kerana pagar ini suatu subjek yang tidak bernyawa dan tidak memerlukan makanan. Kalau anda perasan, mana ada sawah padi yang berpagar, betul tak? =)

Tahukah anda, perkataan asal bagi pagar ialah 'pegar'. Pegar ialah seekor burung yang memakan biji-bijian dan juga serangga. Dengan kata lain, pegar digunakan oleh pesawah untuk menjaga sawah dengan memakan serangga perosak. Memang tepatlah dengan penggunaan pegar dalam peribahasa 'Harapkan pegar, pegar makan padi' dan bukanlah pagar.

Bagai melepaskan batuk di tangga


Bila fikir-fikir balik, apa kaitan batuk dengan makna peribahasa iaitu tidak melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh? Ada kaitankah? Langsung tiada kaitan rasanya. Perkataan asal bagi batuk ialah 'batok' dimana batok ini merupakan alat menceduk air untuk membasuh kaki yang diletakkan ditepi tangga. Batok itu perlu disangkut elok-elok bagi mengelakkan batok dari pecah.

Mengikut sumber pembacaan, kesalahan ini berlaku kerana silap penukaran dari tulisan jawi kepada tulisan rumi. Walaupun sudah ramai yang berkongsi tentang peribahasa ini tapi apa salahnya jika dikongsi sekali lagi, mungkin ada yang diluar sana masih lagi belum menyedari tentang peribahasa ini. ^_^



Sumber : Ain Shaz

Institut Wasatiyyah (?)





Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah bagi memupuk sifat kesederhanaan dan kesimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Institut itu akan beroperasi sebagai sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri, katanya dalam ucap utama pada persidangan antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM).

Bagi menerajui usaha ini di peringkat antarabangsa, Perdana Menteri melancarkan Yayasan Pergerakan Moderat Global sebagai sebuah pusat mengumpul dan menyebar maklumat serta bahan kempen bagi badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang mahu menentang ekstremisme.

Najib berkata Pergerakan Moderat Global tidak harus dilihat sebagai satu inisiatif eksklusif oleh Malaysia tetapi ianya adalah satu tambahan kepada inisiatif lain ke arah mewujudkan dialog dan kerjasama global, umpamanya Perikatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"Ini bukan satu kempen bagi mereka yang tidak berhati waja, tetapi kita tidak boleh membiarkan saat-saat ini diatasi golongan pelampau, sehinggakan hanya mereka yang kuat bersuara akan mendapat hasilnya," kata beliau.

Sepatutnya, kata Perdana Menteri, golongan berpendirian sederhana di serata dunia yang harus berdiri teguh dan bangga bagi menghalang tarikan pelampau.

Najib berkata bahawa bagi menarik ahli ilmiah, Kursi Wasatiyyah akan diwujudkan dan akan beroperasi di bawah Universiti Malaya.

Katanya penyandang kursi itu akan diumumkan kemudian.

- Bernama





***********


*blog aq blog berita eyh?

Hah! Institut Wasatiyyah. Nak tahu komen daripada orang yang agak dikenali?

"Saya akan hanya sokong Institut Wasatiyyah ini kalau Rosmah Wasatiyyah dalam mazhab berbelanjanya.
Bab wasatiyyah berat badan, itu isu peribadi. Saya tak campur"


So, amacam?

Jan 17, 2012

Online Secara Percuma (~)


Kesimpulannya, nak cari cara online guna line CELCOM secara percuma a.k.a 'free'....
sangat susah.

Walaupun, aq ada jugak dengar cerita yang Hotlink = prepaid dah boleh online secara free balik guna Opera Mini. Padahal dulu dah kena block dah. Frust menonggeng habisan aq bila tengah syok-syok online free kat asrama, terus Maxis yang baik hati tu pi block.

Tapi, sekarang aq tengok macam dah boleh balik ja. Korang nak tau, kena la cari sendiri. Google kan ada.


*ini Gregor Mendel punya cerita*


Pasal Gregor Mendel tu, pi tanya budak-budak Tingkatan 5. Pasal Depa la yang dok belajar tang tu tahun ni!
*Mampuih aq tak paham menda pun pasal Mendel-mendel ni, pasal tak belajar!*


CHOTTOMATTE!!!
*pi translate jepun sana*


Ni, nak habaq straight ni. Kalau hangpa semua sanggup bersengkang mata nak cari cara online dengan percuma kat mana-mana saja dengan handphone hangpa, hangpa terus la. Jalan. Memang gua tabik sama lu orang! Dok salah aih, baguih!


Tapi kan best kalau korang dapat cari cara nak 'online' dengan TUHAN kat mana-mana, bila-bila masa ja?

Jan 16, 2012

Jutawan Khairul Fahmi (?)


KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,

Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.

Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).

Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Sumber : Harian Metro Online

Admin (?)

Masih mencari para admin yang berwibawa di 'mukasurat' di 'mukabuku'

Safee Sali Dilamar 3 Kelab Eropah (?)




JAKARTA – Kalau sebelum ini, pasukan juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali, tawaran terbaru yang diterima pemain itu pasti akan melakar satu lagi sejarah baru buatnya.

Safee mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya.

Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.

“Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana.

“Namun, saya belum bersedia untuk mengumumkan nama-nama kelab berkenaan kerana semuanya terlalu awal. Lagipun ia sekadar tawaran secara lisan,” kata Safee ketika dihubungi dari Kalimantan, Indonesia, semalam.

Safee dan pasukannya, Pelita Jaya kini berada di Kalimantan untuk menentang pasukan Mitra Kukar pada 17 Januari ini.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, ketika mendengar khabar lamaran berkenaan, dia amat terkejut kerana tidak menyangka ada kelab sejauh dari Eropah yang mengikuti perkembangan kerjayanya.

Tawaran ini juga disifatkan Safee sebagai satu penghormatan bukan saja buat dirinya bahkan apa yang paling utama ia satu penghargaan buat Malaysia.


“Saya menerima tawaran ini dengan penuh kesyukuran. Tapi seperti yang saya katakan ia sekadar tawaran lisan, belum ada sebarang perbincangan lanjut. Semuanya terlalu awal untuk diumumkan,” jelas Safee.

Sehubungan itu, dalam tempoh terdekat pengurusan Safee dijangka mengadakan perbincangan lanjut dengan kelab-kelab berkenaan.

Safee yang kini menggalas tugas sebagai kapten Pelita Jaya berkata, apa yang baik untuk kerjaya bola sepaknya diterima beliau dengan lapang dada.

Kalau tidak ada rezekinya dengan kelab Eropah, Safee masih bersyukur dengan kedudukan sekarang.

“Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab Eropah? Tentunya itulah impian setiap pemain. Kalau sudah tertulis rezeki saya, pasti saya bersedia untuk berhijrah. Kalau tidak sekalipun, saya akan terus bermain di sini (Pelita Jaya),” ujar Safee yang mengakui masih terkejut dengan tawaran itu.

Prestasi Safee dengan Pelita Jaya amat membanggakan apabila dia diberi tanggungjawab mengetuai kelab itu sebagai kapten biarpun kontraknya dengan kelab berkenaan akan berakhir hujung bulan ini.

Kata Safee, selepas setahun bersama Pelita Jaya, dia semakin berasa selesa dengan kelab berkenaan. – Utusan

TERKINI!!

Safee Sali diburu 3 kelab Eropah

Khabar Yang Menghembus Mengatakan 3 Kelab Eropah Tersebut Adalah :
GALATASARY, PARIS SAINT GERMAN FC & PANATHINAIKOS FC

TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.

Jan 15, 2012

Relationship Status - Teaser Trailer

Incik Einstein Is Coming (!)

*Incik Einstein*


_roma meremang


Mood : Chilled
Soundtrack : Death Is The Road To Awe - Clint Mansell


It's kind of hard to get a clear mind these days without some interruption here and there. Same goes for this morning. I planned to continue with the hikayat but another chunk of embolus stucked in my major artery to the cereberum and the medulla oblongata.

So, last night was a very, very boring night, you know? Well, doesn't matter if you know or even aware of it. Jusr finished my 'Mini Pillow' project last night. That picture above? A nearly finished demo of the 'Mini Pillow'.

Here comes the finished one....


*not so impressive eyh?*

Well, not so much tonight. Next Monday got a test. Though, I can't remember the last time, ME, doing revesion....

Anyway, NIGHTIO!~
Assalamualaikum.....

"Terpaksa menjadi pungguk yang rindukan bulan....
Tapi malang, bulan hilang perasa vanilla kerana dicampur kopi..."

Mood : Lonely
Soundtrack : Bisikan Nurani - In-Team

_salahkah ku mengagumi perhiasan dunia?

Jan 14, 2012

You Are Forgiven (~)

Aku Maafkan Kamu - Malique feat. Jamal Abdillah


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Jamal Abdillah:
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Malique:
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Malique:
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



************************


No Link For Download

Jan 11, 2012

Un Genio Semplice (~)



_it's a beautiful night.

And yet, I'm still here. Sit upon this chair, alone.

In front of my computer, alone.

It's 3.20 in the morning. Better to do my prayers....



_after 13 minutes....



Now, I'm feeling better. A little bit, if not much.

"A clear mind can create a path for an idea to take form."

Just some saying from an unidentified persona.

Now, let me tell you a story.

A story that is so true, you'll find it is hard to believe it.

(it's in Malay, sorry for that...)


*****************


Dulu, hidup seorang budak. Apa kata kita namakan dia, HISYAM. Nur Hisyam.

Nah! Bila dikatakan oleh semua tentang Hisyam ini, semuanya elok-elok belaka.
Bijak.
Baik hatinya.
Rajin berusaha.
Dan agak elok rupanya.

Tapi.

Takdir menentukan bahawa hidupnya terlalu rendah tahapnya jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Terlalu kosong. Sehingga bukan jarang dia memikirkan bahawa, "alangkah eloknya aku menjadi seperti yang lain.". Ternyata, permintaan yang jauh dari realiti.

Lantas, bermula pula kisah hidup Hisyam di alam persekolahan menengah.



TINGKATAN 1

Kakinya mula melangkah masuk ke dalam pagar. Jalan di hadapan yang membukit terasa sukar hendak didaki. Fuh! Legaan nafas akhirnya terkeluar dari dada sesaknya.

"Haih, berapa kali dah la aku menapak bukit ni."

(sekarang, bayangkan Hisyam sedang melangkah laju ke arah kelas)

"Assalamualaikum," sapa Hisyam perlahan ke arah raka-rakan di dalam kelas, walaupun dia tahu tiada siapa yang mengendahkannya. Kalau tiada rasa marah, tapi sekelumit kecewa masih bertapak di hati.

"Waalaikumussalam."

Laju kepala Hisyam menoleh ke arah suara lembut tadi. Seorang perempuan. Terasa ceria sedikit hati Hisyam bila mendengar salamnya disambut jelas. Ingin sahaja dia mengucapkan, "Terima kasih!" kepada perempuan tadi. Tapi, apakan daya. Rasa malunya masih menguasai hati dan iman dan terus membuatkan dia melangkah ke arah tempat duduknya.

Lewat melabuhkan punggung, terus sahaj dia membuka zip begnya dan menyelongkar isi begnya itu. "Bersepahnya lah hai beg aku ni," mulut menutur seorang diri. Tapi mana pulak kerja rumah Matematik semalam?

"Wei, Syam. Kau dah siap ke kerja semalam?"

Hah?

"Kerja semalam. Kau dah siap belum?" ulang Nabil dengan suara yang agak tegas. Dan selalunya pertanyaan itu akan disusuli dengan permintaan, "Nak pinjam, boleh?".

Laju saja Hisyam menggeleng. "Tak jumpa kot buku aku ni". Tangan masih menggagau dalam beg. "Entah mana pulak aku letak. Tertinggal ke?"

"Alamak! Biar betul kau?! Aku dah la baru siap separuh ni!"

"Rileks lah," pujuk Hisyam. Padahal peluh dingin dah mula menitik dari belakang badan yang dibaluti uniform putih sekolah. Dengan mata yang mengintai untuk melihat kehadiran cikgu, Hisyam masih terus mencari bukunya.

"BANGUN SEMUA!!"

Serentak bunyi bising kerusi tergeser dengan lantai dan salam berbunyi. "Assalamualaikum, cikgu!" hampir serentak murid kelas 1 Tarmidzie itu memberi salam.

"Waalaikumussalam, semua. Duduk." arah Cikgu Hisyam. Kebetulan pula nama mereka sama walaupun tidak pernah berjumpa sebelum ini.

"Baik, mana kerja rumah yang saya bagi semalam? Hantar ke depan sekarang. Saya nak periksa."

Alamak! Mana pulak la buku ni?!

Kala itu, angin yang berdesir perlahan pun didengar sangat membingit di cuping telinga. Terasa seperti bilah-bilah kipas di sebelah telinga akan memutuskan gegendang telinganya dari kokleanya. Dan terus memancut darah dari telinganya samapi kecut sebelah kepala!

"Assalamualaikum, cikgu."

Tiba-tiba, bayangan kepalanya yang sudah hampir kering kerana kehilangan darah itu lenyap dari benak fikiran. Automatik matanya terpaku ke arah suara tadi. PENGETUA.

"Tuan Pengetua." Cikgu Hisyam terus menyambut Pengetua di pintu kelas. Hisyam terasa lega sedikit. "Harap-haraplah Pengetua panggil cikgu pergi mesyuarat ke, apa ke..."

Tapi, mata dia terpandang seorang budak di sebelah pengetua.

Budak baru. Lelaki.

Dan kisah selepas ini berkisar tentang budak lelaki tersebut di alam persekolahannya.......


************


Kisah seorang budak yang pelik. Hari pertama sudah disuruh oleh cikgu untuk menyelesaikan masalah Matematik di hadapan kelas. Dan kurang dari satu minit dia menyelesaikannya. Tanpa kalkulator.

Semua terkesima.

Dan mungkin kisah seorang budak yang di mana kelas Sainsnya merupakan taman permainan baginya. Tidak pernah menumpukan perhatian. Tetapi masih mampu mengekalkan gred 'A' di dalam peperiksaan, walaupun tidak mampu mendapat nombor 1 di dalam kelas.

Kisah seorang yang di mana kerjanya tiap-tiap hari bercakap sendirian dengan meja. Dan papan putih. Sehinggakan rakan sekelasnya akan melihat papan putih itu penuh dengan idea A-Level pada keesokan harinya.

Namun, ia masih kisah seorang pelajar di mana dia masih belum menguasai pelajaran sukatan Al-Azhar yang menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.

Masih kisah seorang pelajar yang mana dirinya hampir tidak dipedulikan di sekolah, melainkan rakan-rakan terdekatnya.

Masih seorang pelajar yang biasa.

Atau, mungkin tidak.


************


_it's 4.13 in the morning.

And I'm still not sleeping.

Got my head even heavier over time, as no one can scold me from my back.

It's quite good, or maybe....BAD.

Just having some typing session, surrounded with Yuna's voice.

"I can't believe we almost got famous for nothing, baby~"

Yeah, somtimes it goes that way....

_still have something to do.