Apr 30, 2011

Nak Guna Yang Mana (?)

Perlu ke guna perkataan 'akan' ?
bila kita x pasti yang akan berlaku?

Ke lebih baik guna 'maybe' ?
Semacam x pasti nak buat?

Atau perkataan 'boleh' dan 'mesti' ?
Sedangkan kuasa kita setinggi mana?




*sebarang ugutan dianggap gurauan....boleh ke??

Apr 28, 2011

Synes (?)


Kaki dah mula nak menapak masuk LRT. Hari tu macam hari-hari yang lain, tak ada alien mahupun gorila nak menyerang KLCC. Tapi, kalaupun pokok tualang kat tepi jalan tu nak menyembah bumi, dia dah tak kisah dah. Bila telinga dah disumbat dengan earphone, dia masuk dalam dunia dia sendiri. The Flight of The Bumblebee-Maksim berdentum memekak dalam telinga dia sambil mata melilau entah kenapa. Sekali pandang memang dah macam orang hilang akal.

"Woi!" I-Pod dah tak dengar apa dah. Yang ada dalam kepala dia cuma warna-warna yang menari depan mata dia. Terus tangan Hazwan menepuk belakang kepala si I-Pod.

"Wei, apa ni main-main kepala aku. Ingat mainan hang ka?" Marah I-Pod sambil menggosok belakang kepala dia, biar hilang sikit sakit tu. Orang tengah syok layan lagu , boleh pulak dia kacau line.

"Tu lah kau, asal masuk je benda tu dalam telinga, semua benda dah macam tenggelam masuk Lautan Pasifik tu. Tu hah, cuba la slow sikit volume lagu kau tu, aq yang duduk jarak semeter ni pun boleh dengar clear, tau tak?"

Haih, dah masuk la mood bebelan makcik dia tu. Kalau sehari tak bagi nasihat kat aku memang tak sah. Tu tak masuk lagi masa kat asrama. Agaknya, boleh je dia apply jadi warden asrama. Kadang-kadang tu lebih lagi dia dari warden. Patut la asyik kamceng ngam je dia dengan warden tu. Nak outing pergi bandar pun sampai dia siap hantarkan lagi.

"Der, biar la aku ni. Kau apa faham jadi aku. Budak synes macam aku ni mana sama dengan kau. Lagi lepak layan je hidup ni." Balas I-Pod selamba. Dah nak buat macam mana, memang dia budak synesthesia pun. Dia tahu, kehidupan sebagai seorang synes memang syok, kalau reti kawal. His life is like a digital painting, constantly changing pictures. Hidup seorang budak pure science yang sentiasa dikelilingi dengan arts memang macam ni.

"Yela, aku tahu la kau tu synes, tapi tak payahlah kalau sampai dalam LRT pun kau nak layan macam kau buat kat rumah." Gila apa! Tak pasal-pasal kena tangkap dengan polis kalau tengok si I-Pod ni buat kacau dalam Lrt gara-gara layan sangat lagu yang dia dengar tu.

"Iyalah, jeles cakap la jeles." balas I-Pod sambil rendahkan volume iPod dia. Macam tu la dia dapat nama iPod, memang hidup dengan iPod tu dah macam kembar dah. Tak boleh nak berenggang!

"Ler, tegur sikit dah merajuk? Jantan apa macam ni. Ish, ish, ish." Hazwan menggeleng-gelengkan kepala dia tengok gelagat si I-Pod tu. Macam perempuan!

Dan LRT pun terus meluncur laju menuju ke stesen PWTC, tempat yang nak dituju oleh dua makhluk yang 'bertikam lidah' tadi.

Bila dua sahabat bertekak dalam LRT....

**************

Tetiba je buat cerita kan? Sebenarnya baru balik dari KLIBF '11 tadi.
Syok jugak dapat borong buku.

2 Novel
2 Komik
1 Kompilasi novel
1 Majalah

Cadangan: Sbtu ni nak pergi lagi.
Nak 'pau' duit Kak Dila beli koleksi

Laksamana Sunan.

Pe Der (?)

Hensem x hensem x?? xkan?? hahaha!! Ni nama dia Hafiz Hakimi.
Dak Merbuk, lepak selamba je masa present hari tu.

Haa...korang tengok depan, nampak orang fizik.
Tengok belakang pulak nampak orang Taiping. Tu Nadia ngan Atikah.
Nasib pulak si Atikah tu duk Bukit Antarabangsa...

Apr 21, 2011

Keajaiban Internet (?)



inilah keajaiban Internet dalam meng-translate-kan bahasa....

Klik ler kalau mata dah sepet cam mata memerang tu...

Apr 19, 2011

Kasih Sayang (?)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Blogger Hanya Untuk Pengguna Akaun Google (?)

Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama.

Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.

Anda ingin menjadi 'blogstarz'? Kunjungi http://web.iluvislam.com. Dapatkan pakej hosting bermula serendah RM69 setahun sekarang juga!

Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.

Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.

Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.

Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google.

Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya

- Artikel iluvislam.com

Apr 15, 2011

Rapuhnya Langkahku (?)

Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

download link : Here

Apr 6, 2011

Pandangan (?)

_Pandangan

Bukan pandang-pandang eyh. Nak cakap pasal pandangan padahal pandangan sendiri un xbetul. Yela, bukan ape,. Betul la, nak bagi pandangan tu hak peribadi seseorang tapi kena gak tengok keadaan. Aq tulis menda ni pun cuma nak ingatkan diri sendiri n korang semua...cubalah bagi pandangan yang positif sikit. Ops, bukan sikit, banyak pun xpe. senang cerita , bersangka baik la.

Aq terasa gak aritu, masa tengah tengok Youtube.com ni.

Masa tu tengah cari video pasal meiosis . Tetibe lak ade sorang pakcik tu tegur aq.

"Tu tengah buat ape tu? Kalau xde keje pegi balik kelas laa.."

"Xde la pakcik, tengah belajar ni." Aq cakap betul la kan?

"Belajar ape tuh, tengok Youtube."

"Betul la pakcik, tengok vidoe belajar kat Youtube."

Aq cakap yang betul je. Kadang2 tu kita ni senang ikut sangkaan orang lain. Asal tengok Youtube je, mesti tengok video bukan2. Asal cakap tengah baca cerita kat Internet je, cakap tengah baca cerita lucah. Cakap je tengok video kat Internet, dikata tengok video porno.

Dah tu, aq ni suka jugak la pakai earphone kat dalam surau. Bukan dengar ape je. Tengah prep, baik blaja dalam surau. Hilang kebarangkalian kena tangkap ngan Cikgu Syahmi ye x? Tapi ape tanggapan korang bile tengok ade orang pakai earphone dalam surau or masjid? Kalau yang pikiran baik tu ok gak, tapi kalau yang pikir xbaik?

Lu pikiaq la sendiri~

Assalamualaikum

Apr 3, 2011

Music (?)

Firework-Katy Perry


Grenade-Bruno Mars



Dynamite-Taio Cruz


Lagu-lagu zaman sekarang...

Lepas ni ape pulak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nuclear (?)

Design-ation

*GREEN*


Kerusi ni best kot, nak duduk baru la nampak rupa kerusi tu.


Meja dari rim beskal~

OK, now this I like. Futuristik kot katil die. Tapi disadvantage die, leh wat orang jadi malas.

*Kerusi Kadbod*


Lawa pulak rak camni.

Guilt and Show Me How (~)

Kan aq dah cakap...nak terang, salah. X terangkan, lagilah salah....haila~ Xpelah, xkesah sangat benda tu. Terpulang kat dia nak buat cam mana.

Anyway, perghh...nak exam lagi ke??!! Padahal baru seminggu kot abes Selaras 1. Ni dah nak Selaras 2 lak...Aish, cikgu sendiri un cakap pelik semacam je pekse tahun ni. Walaupun aq LAGILAH terasa malasnye nak baca buku an (ya Allah....sembuhkanlah penyakit hamba-Mu ni), tapi, last2 baca gak Biology kat tenet ni. Kurang2 baca gak kan??

Nasihat aq...

JANGAN BACA BUKU NI.

Melainkan korang punye minda tu terbukak luas, and then baru korang layak nak baca~

Time To Sleep (!)