Dec 26, 2009

Akhirnya.....

_Waarrgghh!!!

Ya Allah,,apalah nak jadi dengan aku ni???Hahahaha,,,kenapa bila sampai je mood akhir tahun ni macam malas la pulak nak masuk sekolah balik.Tak tahu la,,sebab nak pindah sekolah la kot.Tak tahu boleh jumpa balik tak kengkawan lagi..

Wahaha,,tiba-tiba mood menulis datang menyinggah menyibuk betul!.Hahahaha..dah mula dah kesengetan seorang budak gile nih..huhuhu,,,ish3..

Lagi pown,,Internet tengah-tengah malam ni memang bahaya.Bukan pe,,takut karang kena sergah dengan abah,,hahaha..

_HMMMM....

Dec 22, 2009

Cerita Lagi...

Dah ni,Mujjib macam malas pulak nak menulis...hahahaha....

_ish ish ish,apalah nak jadi dengan Mujjib ni

Yelah,tapi kalau dah penat malas nak menulis,Mujjib bagi link ajelah ya,,

Baca sini...

3.Cerita 'Bantal Busuk'..hahaha,,peliklah cerita ni.

Dan kalau perasan,tulisan kali ni macam sempurna sikit.Memang tak tahu kenapa,mungkin gara-gara Penang penangan Cik Famia ni.Kadang-kadang tu memang berkesan pulak cerita dia tapi selalunya tak.

Dahlah,jomlah baca cerita dekat atas tu ye..

p.s:Sedih sebab tak dapat mengklik lagi,,huhu..

_semangat menulis

Dec 20, 2009

Zombieland





ZOMBIELAND---citer separuh seram separuh komedi,,tak tau kenape tajuk dia Zombieland,,sebab mase last-last diorang ade kat taman tema,'Pacific Playland',,kot..

CAST:

Woody Harrelson-Tallahassee
Jesse Eisenberg-Columbus
Emma Stone-Wichita
Abigail Breslin-Little rock
Amber Heard-406,jiran Columbus
Bill Murray-Bill Murray


Rating-3 1/2 je kot,,ntah laa hahaha

#32:Enjoy those little things...

Dec 16, 2009

Mood Minggu Ni

Arini memang teruk laa...minggu ni pon...kenape kosong??kenape??

Xpe,xpe,,hikmahnye...esok nk gi jalan-jalan!!(tipu benar
nye).Hahaha....Kepala ni memang dah bercelaru,,nak cakap memang susah..so,dipersembahkan....

Animasi Mood Hari Ni



Hati gembira
tapi,benarnye..
.



blurrr...
....




Kengkadang rase cam nak lari gak....




Jangann jadi camni sudah
...





or,camni...




xpon,gini...



TIDAAAKKKK!!!!

Dec 12, 2009

Pisang Jalan-jalan...

_Pisang_

Tak tau kenapa dulu masa kecik suka makan pisang,,tapi sekarang dah macam lidah ni tak boleh merasa.Tak taun la kenape kan,,makan pisang tu macam makan bantal je..wooooo..stop.

Pastu,,dengan entrance yang x seberape,,abah tetiba bawak balik satu buah jenis buah..Mula-mula nampak buah tu,tanya la abah...mesti la nk tanyekan...

"Abah,buah pe tu?"

"Pisang la,takkan epal kot"sempat lagi wat lawak tu.

"Hah?Pisang pe tu,x pernah nampak pon"sebab tengok bentuk die bulat.

"Haa,tu la.Tak pernah nampak pisang ni.Ni nama die pisang kaki"

"Oowh,pisang kaki.Tapi nape takde cam bentuk kaki pon?"

Terus abah diam.Dah malas la nak layan anak die yang senget sikit ni..hihi.
Mula-mula macam malas nak makan,jadi buah tu duduk je la dalam peti sejuk..

Esoknya,masa tengah haus,pergi la tengok dalam peti sejuk tu.Tetibe nampak lak buah pisang kaki tu.Tangan ni pulak tetibe jadi auto lak,amik buah tu and terus makan(mulut ni susah nak terima air kosong,air biase yang boleh minum pon ai zamzam).Bile makan,tetibe mulut ni terus kunyah ngan laju.Sedap woooo...

Sejak hari tu,baru la tau pisang kaki ni memang sedap.Tambah pulak isi dia cam frosty sikit sebab dalam peti sejuk kan?Dan bile ade buah pisang kaki kat rumah ni,buah tu dulu la yang habis dulu(x termasuk buah special macam stroberi ye..).

"Assalamualaikum.."

Hah,tu abah dah balik bawak pisang kaki lagi.Yeah!!!

_Pisang_

Dec 9, 2009

Adab Menziarahi Blog Orang...

Sorry,post kali ni straight forward di'copy-paste' dari blog orang lain...
bace je la dulu...


_Mestilah blog orang. Takkanlah blog binatang pula.

Minta maaf.
Si Huzaimatus ini memang kerek dan tidak sopan.

Kadangkala bila tersinggah ke mana-mana blog yang agak berlainan sedikit isi, rupa dan strukturnya berbanding blog aku, memang pelbagai jenis perasaan yang timbul. Sekejap tenggelam. Sekejap timbul. Berulang-ulang. Dari kanan ke kiri. Dari kiri ke kanan.

Suka.
Duka.
Lapar.
Geram.
Kelakar.
Seronok.
Terharu.
Terkejut.
Sakit hati.
Sakit mata.
Sakit telinga.
Menitik air mata.
Menitik air hidung.

Semua jenis perisa ada. Klasifikasi untuk tontonan umum.

Tetapi.

Aku tahu. Dalam menziarahi blog dan menulis blog juga wujud adabnya. Adab menziarahi blog juga boleh diibaratkan seperti menziarahi tetamu. Bukankah menziarahi tetamu ada adabnya. Dan bukankah dalam Islam itu segala perihal ada adabnya. Dan kerana itu, Islam teramatlah lembut dan indah. Sentiasa membuatkan kita terasa selamat.

Dengan syarat.
Kenalah ikut segala suruhan
Big Boss of The Universe dulu. Kan.

Ok.

Perihal adab menziarahi blog.

Ini aku reka sendiri saja. Aku main agak-agak saja. Dan ini bukan teori pun. Ini panduan aku sendiri. Aku samakan konsepnya dengan adab menziarahi tetamu. Lebih dan kurangnya sama saja. Tidak perlu ikut kalau tidak relevan dengan kamu. Bukan untuk disuruh ikut pun. Cuma sebagai tatapan dan pemberitahuan semata-mata.

1. Tinggalkan komen secara sopan
Ini. Alah, ibarat menyinggah ke rumah orang. Sebelum masuk, bagi salam sopan-sopan. Lepas tuan rumah benarkan masuk baru masuk. Mana ada orang menyinggah ke rumah orang lain sambil mengherdik dan memaki sumpah seranah bagai kan. Dan letaklah link blog kalau ada. Bolehlah membalas kunjung mengunjungi. Ibarat kunjung mengunjungi di musim perayaan Aidilfitri.

2. Anonymous
Orang yang sebegini, memang tidak tinggalkan apa-apa pautan sebagai lawatan balas. Barangkali kerana mahukan privasi. Dan tidak mahu dikenali. Tak apa. Aku pun faham. Aku tak kisah. Asalkan dapat berbahasa seperti seorang Muslim yang sopan. Cuma kadangkala, ada juga yang suka baling batu sembunyi tangan. Itu penakut namanya. Dan ada tuan rumah yang kisah dengan manusia sebegini. Dan ada juga yang tidak kisah. Aku tak apa. Aku tak kisah. Baling bom sembunyi kaki pun aku tak kisah.

I'm cool.
Ceh, perasan.

3. Aksesori Blog
Ini ibarat perhiasan yang wujud di dalam rumah. Ada kerusi dari England, meja dari Turki, lampu Chandelior, karpet Parsi, pasu bunga dari Cina dan perhiasan lain yang berkemungkinan besar
Made in China juga. Ada blog yang tulisannya berwarna-warni. Lagu yang tiba-tiba keluar setiap kali tetamu menyinggah, lagu Selamat Datang aku panggil ini. Turut serta juga, logo dan gambar-gambar yang berkelip-kelip secara pukal diletakkan di sebelah kiri atau kanan atau atas atau bawah blog tersebut. Sehingga menyebabkan Internet Explorer atau Chrome atau Firefox atau Opera menjadi kejung. Dan terus pecah.

Senang saja.

Blog sebegini, cuma baca saja entrinya dan pastikan
volume di komputer anda telah dibisukan terlebih dahulu. Setelah habis membaca entri, keluar secara sopan. Tidak perlulah memaki tuan rumah. Tetapi kalau terasa semacam ada penyakit hati dan geram yang ketara, tidak perlulah masuk blog sebegitu. Itu hak tuan rumah. Suka hati dialah nak hias macamana gaya pun. Kalau kamu sebagai tetamu tidak suka dan hilang selera, tak perlulah masuk dan kutuk-kutuk. Tak berapa nak sopan namanya itu. Undur diri secara sopan saja sudah. Dan tak perlu kembali lagi. Sekurang-kurangnya ada juga saringan penyakit darah tinggi.

Dan buat tuan rumah, sesungguhnya kesederhanaan itu lebih baik bukan.

4. Berkunjung tanpa mengharapkan balasan
Ini, orang sebut ikhlas namanya. Memanglah kita melawat blog orang bersama pautan blog. Namun, cukuplah sekadar menyinggah dan menghulurkan salam. Tidak perlulah memaksa tuan rumah berkunjung semula ke blog kita. Pandai-pandai dialah nanti. Kita serahkan saja pada yang pakar. Dan tak perlulah juga memaksa tuan rumah memacakkan pautan blog kita di blognya. Sepertimana yang aku taipkan, pandai-pandai dialah nanti. Kita serahkan saja pada yang pakar.

Ibarat berkunjung ke rumah jiran, "Hoi, aku dah lawat rumah kau. Kau kena lawat rumah aku pula. Jangan buat-buat lupa."

Tak manislah macam itu kan.

Sopan-sopan sudah. Barulah macam bangga sikit jadi umat Nabi Muhammad SAW. Itu bukan takat
Americal Idol atau Malaysian Idol atau Indonesian Idol lagi dah. Itu seluruh alam punya idol. Contohilah akhlak baginda.

Kesopanan dan kesusilaan itu kena jaga. Bukan ke sudah diajar. Dalam rukun negara yang kelima pun ada. Walaupun aku cepat hilang ingatan, tetapi rukun negara itu antara perkara yang aku boleh ingat sampai mati. Mana tidaknya, setiap kali perhimpunan sewaktu sekolah rendah dahulu kala kena berdiri atas pentas mengetuai pembacaan ikrar. Ah, siapa yang pernah jadi pengawas sekolah saja boleh faham perasaan itu. Boleh tahan menggigil jugalah berdiri depan satu sekolah.

Ok, setel.

Selamat menziarahi blog makanya.

Semoga terjumpa blog-blog yang lebih bermanfaat daripada blog aku yang tak berfaedah ini. Jangan lawat sini selalu. Dikhuatiri berupaya meracuni mata-mata yang membaca. Dan bisa melumpuhkan sistem urat saraf manusia. Semoga dijauhi daripada segala nilai-nilai yang tak berapa nak murni dan boleh tahan keji di dalam blog ini.

Hah.

Dangerous bukan_

kalau nk bace yang feel punye,pegi la kat blog tuan punye post ni ye,kat sini...
ok,selamat membaca..